PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NUR INTAN MARLYNY BT ABD MAJID

2 tahun yang lepas

Anak no. 4 bersalin secara normal dan mudah dijaga dalam pantang dan seorang yang ceria dan solehah. Ameen.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Saya sumbangkan sumbangan ini untuk bonda saya Rahmah Binti Samad & arwah ayahanda saya Mohd Tahir Bin Mohd Noh. Semoga dengan sumbangan ini juga sedikit sebanyak dapat menambah kos pembelian Rumah Perlindungan Warga Emas Nur Ehsan ini...Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Moga yang masih bujang dipertemukan jodoh yang cepat, tepat dan berkat. Amin ya Mujib🤍

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORPARIZAN BINTI SERAT

2 tahun yang lepas

Bismillahirrahmanirrahim ya Allah..aq berzakat untuk rumah perlindungan warga emas ini kerana Allah Ta'ala,semoga sedikit sebanyak dpt memberi manfaat PD penerima ye,ya Allah dimurahkan rezekiku ,permudahkan segala urusanku,bukakan la pintu taubat kpd hamba MU ini,semoga aq khusyuk dlm solat,dpt menjadi jutawan berkah dunia akhirat,dan ya Allah aq mohon pengakhiran ku Husnul Khatimah aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

ya Allah semoga dengan sedekah ini kau ampunkan dosa2 ku dan dekatkan diriku denganMu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah lindungi dan permudahkan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: