PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Saya doakan para penghuni diberikan kebahagian dan keselesaan yang cukup serta pihak pengurusun dapat melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas.Doakan saya dipermudahkan urusan dan rezeki tidak putus

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga dpermudahkan segala uRuSaN pihak pengurusan di Nur Kaseh & semoga Allah swt memberi perlindungan buat penghuni2 di Nur Kaseh..aamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SHINI AB RAHIM

1 bulan yang lepas

Sy doakan agar usaha yg sedang dilakukan ini dpt kekal dan kehidupan warga2 tua ni terpelihara dgn baik dan selesa, in syaa Allah. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi mereka yg seeing memerlukan pertolongan dan juga ahli2 yg sedang mengusahakan rumah ini buat mereka. Amin3 yra.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Didoakan semoga semua warga emas di rumah Kebajikan Nur Ehsan diberi kesihatan yang baik & di bawah Lindungan Allah swt... Aamiin3 yra

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

semoga dikurniakan syurga buat pengusaha dan para penjaga yg menjaga warga2 emas disini. amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Permudahkanlah urusan dunia dan akhiratku. Selamatkanlah saudara2ku muslimin dan muslimat dari segala bentuk kezaliman dan kekerasan. Lindungilah kami dengan rahmat dan kasih sayangmu. Aminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: