PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Segala urusan dipermudakn..semoga mereka juga diberikan kesihatan yg baik dn pnjng umur.. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Semoga sumbangan tak seberapa ni Allah terima dan dapat menyumbang lebih lagi jika ada rezeki lebih dr masa ke semasa..sumbangan ni sy sedekahkan pahalanya utk kedua org tua sy.aamiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga urusan dipermudahkan. Kepada semua warga yang tinggal disini didoakan agar diberikan kesihatan dan keselesaan hendaknya...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah dgn sedekah ni pahalanya ku sedekah utk kedua ibubapa ku Haji Mohd Noah Bin Abdullah Hajah Jamilah Binti Omar ibubapa mentua Hashim Bin Malek Noresah Wahab ibubapa saudara Haji Ali Bin Haji Yusof Hajah Banon Binti Omar diriku Normas Binti Mohd Noah suamiku Dzolkarnine Hashim anak2ku Nurul Ain Binti Dzolkarnine Nurul Azlin Binti Dzolkarnine Nurul Syazwane Binti Dzolkarnine n umat islam ami

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dapat mengumpulkan jumlah yang dikehendaki, dan semua penghuni sihat dan selesa slps ni Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SYAZLIANA

2 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan pentadbir & juga warga emas disana.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: