PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan kehidupan kita semua di dunia dan di akhirat dan dimurahkan rezeki dari segenap sudut. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Bantu doakan perniagaan saya laris dan diberi rezeki melimpaj ruah supaya saya boleh terus membantu di sini. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah.. Permudahkan urusan kami untuk membeli rumah perlindungan ini dengan segera. Ampunkanlah dosa2 kami dan dosa2 keluarga kami yang telah pergi menemuiMu ya Rabb.. Aaminn 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan dalam menyantuni warga emas.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MAISARAH MOHAMAD

2 tahun yang lepas

Saya tak mintak apa² hanya doakan saya dan suami di kurniakan zuriat yang di nantikan 10 tahun.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa dan ahli keluarga kami. Jauhkan kami dari azab kubur dan azab api neraka. Tunjukkanlah kami ke jalan yang benar, jadikan kami umat Nabi Muhamad s.a.w orang yang beriman dan beramal sole. kurniakan kami taufik dan hidayah sepanjang hidup kami. Ya Allah lapangkan kesulitan kami, keluarkan kami dari kesulitan ini dan bantulah kami Ya Allah. Ya Mujib.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: