PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan..semoga Allah sentiasa melindungi ibu² dan para penjaga disana.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga dgn sumbangan sy ni dpt meringankan beban & semoga mak2 ayah2 atuk2nenek2 dkt sana D,dlm LINDUNGAN ALLAH DIBERI KESIHATAN YG BAIK,SEMOGA AMAL JARIAH YG SY BERI PAHALANYA DPT KE ARWAH MAK & AYAH SY SERTA DIKUATKAN IMAN SY DLM MENJADI UMAT ISLAM YG BERGUNA,TETAPKAN IMAN SY DLM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI UMAT ISLAM.SEMOGA SY DPT BERTEMU DENGAN JODOH YG BAIK&,blh jadi imam dlm solat sy

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Moga dipermudahkan segala urusan

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah sembuhkanlah bengkak dan sakit kaki ku yg agak kuat ini. Hambamu ini Fauziah Kasim masih mahu membantu seramai mungkin insan di luar sana. Aamiin x3 Ya Rabbal Alamin. Salam sayang buat semua warga emas dariku sekeluarga dari bumi Turkiye.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga dapat mmbeli rumah dan keperluan keselesaan penghuni..semoga dmurahkn rezeki buat aku dan penyumbang yg lain supaya dpat lebih mnyumbang dan sedekah kepada yg memerlukan..Aamiin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga dapat menunaikan keperluan yg dkehendaki..dan bertambah rezeki aku dan penyumbang yg lain untuk lebih rajin menyumbang dan sedekah..aamiin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: