PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Khas utk arwah ayah❤️

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Sy doakan semoga Allah sentiasa lindungi kita dunia dan akhirat. Doakan saya sekeluarga dilimpahkan rezeki yg luas dan berkah, dan seperti air sungai yg mengalir deras. Semoga makcik pakcik dan penjaga rumah perlindungan ini diberi kesihatan yg baik, sentiasa diberkati Allah. In Shaa Allah. Aminnn.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN AL-BAGHDADI MUHYIDDIN

2 tahun yang lepas

Ya Allah, kekalkan lah usaha agamaMu ini. Bukalah pintu hati hamba-hamba Mu untuk sentiasa beramal dengan al-Quran. Ya Allah, bukalah pintu rezeki untuk kami. Jadikan lah kami orang yang memberi dan bukan yang meminta-minta. Ya Allah peliharalah kami dari segenap sudut sehingga ke Jannah. Ya Allah, redhalah akan amalan & hidup kami. Sesungguhnya Kau maha pengampunan, pengasih & penyayang.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

doakn semoga bisnes nasi lemak sy berjalan lancar dan rezeki kami sekluarga mengalir bagai air zam2.. dan sedekahkn alfatihah utk arwah mak sy...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR HASLINDA

2 tahun yang lepas

Saya berdoa semoga Allah lindungi dan panjangkan umur warga emas serta orang orang yang menjaga mereka. Semoga kondisi mereka akan lebih baik dan sempurna.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga ad insan yg sentiasa melakukan kebaikan

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: