PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Moga dipermudahkan urusan semuaa ibu dan ayah dan diberikan kesihatan yg baik juga buat mereka ..doakan kami murah rezeki jugaa yaa 🥹

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Doakan kami sentiasa diberkati, dilindungi, dirahmati, sht tubuh badan utk beribadat, dipanjangkan usia dan di mudahkan urusan dunia dan akhirat. Aminnn..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah,Ya Rahman...haramkan lah api neraka untuk mereka Ya Allah...dipermudahkan segala urusan mrka di dunia dan di akhirat..aamiin Ya Rabb..

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

IZMAN FAIZY BIN EMBONG

2 tahun yang lepas

sumbangan sy x bnyk tapi ikhlas kerana Allah SWT..doakn sy sembuh dr sgla penyakit yek dan usaha kecil yg sy lakukan ini jika ada pahala biarlh pahala ini mengalir utk arwah kedua ibu bapa sy..amin🤲

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORAISAH ABD SAMAD

2 tahun yang lepas

Doa kan sy sekeluarga semoga dipermudahkan rezeki,diberi kesihatan yg baik,dijauhkan dari perkara yg tak baik serta menjadi hamba Allah yg beriman dan beramal soleh.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya semoga dipermudahkan urusan2 dunia dan akhirat, dipermudahkan dan dilindungi segala perjalanan, dianugerahkan anak2 dan ahli keluarga yg baik, diberikan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki2..Aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: