PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NORHAYATI BINTI KASROM

2 tahun yang lepas

Ya allah tolong hilangkan penyakit di dalam rahim Nor hayati binti kasrom dan semoga dikurniakan zuriat.aamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga kita dan anda semua dimamasukkan syurga oleh Allah swt. Semoga kita dipertemukan kembali di syurga bersama orang yang kita sayang, dan orang yang menyayangi kita.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Ya Allah yg Maha pengasih lgi penyayang..Bantu laa Kami dlm urusan dunia dan akhirat..Aaminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FAZLYN MALEK

2 tahun yang lepas

Semoga berjaya mencapai apa yang diimpikan

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Sy doakn semoga cpt2 dpt bli rmh utk warga2 tua.. Doakan sy sng dan dimurahkan rezeki semoga dpt sy bantu lbh lg.. Aamiin. In shaa Allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga ramai yg menyumbang..dan semoga sy murah rezeki boleh menyumbang lagi byk ..semoga perniagaan online sy dipermudahkan Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: