PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa ibu ayah kami, ampunkan dosa kami. Kurniakan Kami petunjuk dan hidayah serta keredhaanMu. Masukkan Kami ke dalam syurga tanpa hisab.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga sumbangan yg sedikit dariku ini dapat memberi sedikit manafaat utk ibu2 dan ayah2 di sini.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

JULIEE BINTI JUMAAT

2 tahun yang lepas

Semoga dengan duit yg.tak seberapa ni dapat mencukupi apa yg.diperlukan & doakan saya & family senantiasa diberi kemudahan & dimurahi rezeki,aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, Berkatilah dan bahagiakanlah orang tua kami dan orang2 tua di rumah Nur Ehsan ini ya Allah. Berikan ganjaran pahala dan syurga buat mereka ya Allah..Luaskan rezeki mereka ya Allah..Sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..amiin YRA

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Wahai Allah ampunilah segala dosa dosa kami yang terdahulu dan yang akan datang,serta kurniakan kami keberkatan dan keredhaan Mu wahai Allah ...aameen Ya Rabbal 'Alameen

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Moga rumah warga emas ini dapat dibesarkan utk keselesaan penghuni dan moga Allah s.wt alirkan pahala sumbangan ini kepada arwah ayah saya serta menjadi asbab ibu saya akan dijaga oleh kami sehingga akhir hayat kami. amin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: