PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga ape yg dihasratkan tercapai.. dan doakan aida sekeluarga juga mendapat rumah sendiri serta dimurahkan rezeki didunia dan akhirat... Aamiin...

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURUL SHAHIRA BINTI SHARIN

2 tahun yang lepas

semoga dilimpahkan rezeki biar dapat memberikan lebih banyak rezeki lagi kepada yang memerlukan bahagiakanla di dunia dan akhirat , dan sentiasa berhubungan baik dengan manusia dan Allah juga aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya dapat kerja di Singapore. Doakan saya dapat mengubah hidup saya supaya saya dapat tolong lebih ramai orang. Dan lebih bertaqwa kepada Allah.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan semua urusan pusat jagaan ini dan didoakan semoga saya,anak2,suami dan ibu saya dalam rahmat Allah.Semoga kita semua diperluaskan rezeki.Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan semua urusan pusat jagaan ini dan didoakan semoga saya,anak2,suami dan ibu saya dalam rahmat Allah.Semoga kita semua diperluaskan rezeki.Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allahkau ampunkan segala dosaku,disa suamiku,dosa ibu bapaku,ibu bapa mertuakuanak2ku,adik beradikku,ipar duaiku,ank2 buahku,sahabat2ku,jiran tetanggaku dan seluruh muslimin dan mslimat serta sluruh umat Muhammad S.a.w

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: