PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga kita semuanya dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam rahmat Allah.InshaAllah

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Kita Semua Diredhoi Allah SWT. Bersabarlah Atas Ujiannya, Bersyukurlah Atas Nikmatnya.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan kesihatan kami sekeluarga. Kemajuan perniagaan supaya dapat membantu lebih ramai lagi orang lain. Kejayaan anak-anak saya dalam pembelajaran dan kerjaya serta menjadi anak yg berbakti pada agama, bangsa dan negara. Amin ya Rabbalaalamin...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan kesihatan kami sekeluarga. Kemajuan perniagaan supaya dapat membantu lebih ramai lagi orang lain. Kejayaan anak-anak saya dalam pembelajaran dan kerjaya serta menjadi anak yg berbakti pada agama, bangsa dan negara. Amin ya Rabbalaalamin...

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya sekeluarga diberi kesihatan yg baik,anak2 yg baik serta perniagaan yg maju supaya dpt lagi menyumbang pada semua umat2 islam yg susah ..dan doakan arwah abah saya diampuni segala dosa2nya dan ditmptkan bersama sama org yg beriman..dan doakan mak saya panjang umur kesihatan yg baik dan dpt melihat kejayaan saya dlm perniagaan dan boleh bwk mak saya mengerjakan umrah bersama .insya allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

muga semua urusan Pembelian Rumah Perlindungan buat emak2 & ayah2 kita dipermudahkan...& urusan para penderma & pada pihak pengurusan juga dipermudahkan dunia akhirat... aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: