PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

MAMA ZARA

2 tahun yang lepas

Ya allah..murahkan lagi rezeki umi hana zara fateh agar dpt lagi byk membantu org2 yg memerlukan..amin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROSLINDA KASHIM

2 tahun yang lepas

Doakan moga sumbangan ini menjadi amal jariah dan wakaf SBG bekalan di akhirat dan asbab ke syurga.moga segala urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah.. Doakan juga moga anak saya Muhammad Affiq Asyraf yg akan menduduki SPM tahun ni cemerlang .

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HUSNE ARA

2 tahun yang lepas

Semoga mak sy Husne Ara d beri kesihatan yg baik

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SUSUEZHANA

2 tahun yang lepas

Mohon doakn utk suami sy (MOHD AZUAN BIN MAT HALIK) seorang canser fighter. Advanced colon cancer stage4...moga dipermudahkn rawatan buat suamiku n moga ad keajaiban utknye..aminnn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga menjadi asbab kte di akhirat sana ...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan mendapatkan rumah baru bagi memberi lebih keselesaan untuk nenek2 Di pusat jagaan Nur Ehsan Doakan saya Huda.. diberi umur yang Panjang, kesihatan Yang baik berterusan, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki Yang halal Dan berkat untuk saya bebas hutang dan dapat menyumbang lagi pada Yang memerlukan... Ameennn #

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: