PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

MOHD KHAIRUDI JAAFAR

2 tahun yang lepas

Ya Allah, aku menghadapi masalah kewangan yang serius sehingga tak mampu menunaikan tanggungjawab nafkah terhadap keluarga dan hutang pula bertambah. Aku bermohon supaya dikurniakan rezeki melimpah ruah dan penuh keberkatan supaya dapat menunaikan tanggungjawab kepada keluarga dan juga dapat memberi sumbangan yang lebih kepada pihak yang memerlukan. Berilah aku rahmat kejayaan dalam perniagaan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NINI HAMZAH

2 tahun yang lepas

Doakan kami dimurah kan rezeki selalu , anak2 berjaya didunia mahupun diakhirat ...🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga sumbangan yang tak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu penghuni untuk lebih selesa nanti.. amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Ampunkan dosa ku dan Berikan kesihatan pada ku Ya Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RAUNI LUNGGAH

2 tahun yang lepas

Ya Allah walau derma ini tidak banyak aku tetap mohon kau panjangkan umur ibuku Rauni berikan dia kesihatan. begitu jg anak2 dan suamiku..jahui mrk dr segala penyakit merbahaya..berikan mereka kesihatan dn umur yg pjg.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RAUNI LUNGGAH

2 tahun yang lepas

Ya Allah walau derma ini tidak banyak aku tetap mohon kau panjangkan umur ibuku Rauni berikan dia kesihatan. begitu jg anak2 dan suamiku..jahui mrk dr segala penyakit merbahaya..berikan mereka kesihatan dn umur yg pjg.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: