PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan sy murah rezeki dan sy doakan warga emas di situ di berikan Kesihatan dan keselesaan

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALIFAHSYARNY BT JAMALUDIN

2 tahun yang lepas

Alhamdulillah...doakn sya Dan kita semua dimurahkan rezeki Dipermudhkan urusan Diampunkan dosa,

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI ZUHAIRAH BINTI NASIR

2 tahun yang lepas

Doakan arwah ayah saya nasir bin Omar ditempatkan di golongan org yang beriman anak Zara uqasha binti Abdul Hadi jadi anak solehah bahagia dunia akhirat sihat tubuh badan murah rezeki doa saya mudah cari pekerjaan baru yang serasi dgn saya untuk membesarkan anak saya

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah beri kesembuhan buat sahabat saya yang diuji dengan penyakit kanser..kak salina. Semoga ade keajaiban untuknya. Tiada yang dapat menyembuhkan kecuali DIA.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD HASSIM B OSMAN

2 tahun yang lepas

Barakallah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Infak untuk aruah abah saya...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: