PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Sedekah subuh ni kerana Allah swt..moga Allah swt ampunkn segala dosaku.. diberikan hidayah.. kuatkn Iman aku.m moga asbab sedekah ni mmbawa kami sekeluarga ke syurgamu.. infaq ni utk Arwah abah hj Salim bin kerenteng Dan sekaliannya umut nabi Muhammad swt yg telah pulang kerahmatullah.. moga asbab sedekah ni dpt Selamat kn Kami sekeluarga Dari api neraka... Bahagia Dan Selamat Dunia akhirat..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah jadikanlah kedua ibubapa ahli syurga Firdaus....

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkanlah dosaku dan permudahkan urusan ku..Sihatkanlah tubuh badanku...sembuh sakit pinggang ku ini agar aku dapat beribadat kepadaMu..dapat pergi kerja..dapat mengurus runahtanggaku...ya Allah..amin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMAD ALEE MOHD SAID

2 tahun yang lepas

Kesejahteraan kekayaan kesenangan kejayaan sekeluarga dunia akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya permudahkan segala urusan rumah warga emas nie... berikanlah semangat kepada ibu² ayah² disini.. bahagia kan kehidupan mereka... pelihara lah mereka semua.... pahala nie sampai kepada arwah bapak saya Hj Abdul Hamid bin Yit..n kepada mak saya..semoga mak saya sentiasa sihat sejahtera hendaknya...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah sedeqah ini aq infaqkn atas nama kedua ibu dan ayahku.Semoga ditempatkn bersama para solehin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: