PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Ya ALAH permudahkan urusan anak lelaki ku muhammad khalil nazimi bin md.rizaimi dalam menjawab kertas peoeriksaan SPM yang bermula 25hb.11.25 nanti. lapang & tenang kan lah hati nya agar dapat menjawab semua sialan dengan baik. kembalikan lah segala ilmu2 yg diajar oleh cikgu2 nya di ingatan nya. semoga mendapat keputusan yang baik. Amin ya robbal Alamin....

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORANIZA BINTI MOHAMAD YUSOF

2 hari yang lepas

Semoga kami dikurniakan dengan segala kebaikan, rezeki yang melimpah ruah, umur yang berkah, dilindungi daripada segala kejahatan dan kesulitan serta mendapat syurga tanpa hisab.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Semoga kita diselamatkan di dunia dan di akhirat oleh Allah serta beroleh syurga Firdaus tanpa sebarang hisab.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

semoga nenek sehat selalu.. dan terima kasih buat hamba2 yang membantu penghuni disini , semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah dan sentiasa sihat ya 🤲🏻❤️

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Semoga makcik disana sihat selalu. semoga bahagia ya . Doakan saya semoga dipermudahkan urusan untuk kehamilan anak pertama kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Assalamualaikum, moga pahala ini akan terus mengalir untuk arwah ayah saya Abdol Kadel binti saliah dan moga ibu saya Fatimah binti tijah terus sihat.. Juga semoga rezeki saya terus mengalir supaya saya dapat terus melakukan kebaikan. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: