PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

ya Allah, kurniakanlah hambaMu ini pasangan hidup yg terbaik di sisi Mu. Amin Ya Rabb..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya sentiasa jadi manusia yg sentiasa bersedekah . Solat awal waktu. Beriman. Dan solehah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAJAH NURUL HAZIQAH HJ NORDIN

2 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah mereka jagaan malaikat2 Mu, kuatkanlah semangat mereka utk terus hidup dlm keadaan sihat walafiat dan bahagia.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MARINA MOHD ASRAL

2 tahun yang lepas

Semoga kesihatan mental dan fizikal saya (Marina Mohd Asral) bertambah baik Insya-Allah.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Kurniakan hambaMu ini suami yg terbaik dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat. Dilimpahi rezeki halal yg tak putus2. Diberikan kesihatan baik seisi keluarga. Anak menjadi anak soleh , sihat , bijak, dipanjangkan usia berjaya dunia akhirat. Moga suami sihat berjaya dlm bisnes Dan diberikan kekuatan. Moga dijemput Allah untuk tunai umrah n Haji seisi keluarga. Moga dapat miliki rumah idaman

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: