PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Moga dipermudah Allah swt urusan kita semua 🤗

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SAIDARUZA BINTI SHAMSUDIN

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa kedua ibubapaku kakakku

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, semoga ibu² ayah² di sini dan penjaga² mereka sentiasa dlm lindungan Allah dan berbahagia di dunia dan akhirat, aamiin yra

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

LEMANG TO’ANDAK

2 tahun yang lepas

Ya Allah Kau ampunkan Dosa2 kami, dosa kedua ibu bapa kami & dosa anak2 kami..jauhkanlah kami semua dari azab api neraka. Majukan perniagaan lemang kami serta jauhkan kami dari sifat tamak serta jauhkan kami dari mereka yg iri hati dan hasad dengki. Semoga perniagaan kami maju dan jujur dlm setiap perbuatan kami.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ketemukanlah kami dgn mlm Lailatulqadar, limpahkan rezeki yg secukupnya kpg kami dan berikanlah kami peluang ke tanah suci mu ya Allah. Amin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah memanjangkan usia ku dan memberi rezeki yg halal lg berkah. Jadikan aku dan seluruh keturunan ku insan yg menurut perintah perintah -Nya

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: