PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NANAPINK

2 tahun yang lepas

1 suatu hari nt, kta akn Tua jgk..Di sinilah tmptnya bgi org2 yg xpunya keluarga atau keluarga melupakan@melepaskan tanggungjawabnya utk memelihara kta hingga hujung nyawa kta.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD IQHWAN ISMAIL

2 tahun yang lepas

Doakan saya dipermudahkan rezeki dan terbuka hati untung sumbang lebih banyak

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Bhgia dunia akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALQURATUAINI BINTI ALFIAN

2 tahun yang lepas

Semoga kita semua dpermudahkn segala urusan dunia dan akhirat..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

JIKA ADA PAHALA DARI SEDEQAH INI BUAT KEDUA IBUBAPA SAYA.SEMOGA ARWAH AYAH MOHD YUNUS TALIP DICUCURI RAHMAT DAN IBU KHAMSIAH AMIN SENTIASA DIKURNIAKAN KESIHATAN.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

JASMILA JAN

2 tahun yang lepas

Semoga diterima dan diberkati Allah swt dgn rahmat NYA. Allahumma Aamiin Ya Mujib.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: