PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan dan bertambah imannya.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah...permudahkan segala urusan mereka dan urusan hamba serta limpahkan rahmat mu agar Kami Sama - Sama dapat berhimpun di Syurgamu kelak..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah.. permudahkan urusan mereka dan urusan hamba serta limpahkan rahmat mu agar Kami Sama - Sama dapat berhimpun di Syurgamu kelak.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Diampunkan dosa kedua ibu bapa Doa kan sy dapat zuriat lelaki Dimurahkan rezeki diberi kesihtan yg sihat Anak2 1)wan nuha zulaikha wan mohd afiq 2)wan nur zafeerah wan mohd afiq 3)wan ainur zara wan mohd afiq 4)wan afeeya zulfa wan mohd afiq menjadi anak2 solehah selamat dunia akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AIN ZURAIDA

3 tahun yang lepas

Ya Allah, berikanlan redha mu ke atas saya, mudahkan lah urusan akhirat dan dunia bagi saya, izinkan untuk saya sentiasa berasa mudahnya melakukan amal ibadah kepada-Mu sehingga akhir hayat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan doakan saya sekeluarga sihat sejahtera,dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah serta dijauhkan dari segala musibah...amiinn.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: