PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ampunkan dosa panjang umur murah rezeki dan semoga dapat balasan syurga

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga segala urusan warga mas dipermudahkan dan semoga kita dimurahkan rezeki dan semoga kedua org tua ku sihat sentiasa dan dilindungi dan diberkati Allah swt..aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ARWAH AHMAD ZAKARIA PUTERI JOHARIAH AHMAD MUSTAPHA

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ampunkan Dosa Kedua Ibu Bapa Ku!

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan badan kenajikan ini Aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AZIMAH BINTI MD SHARIPIN

3 tahun yang lepas

Pahala sedekah ini diberikan kepada arwah mama & arwah ayah mertua yg telah tiada, kepada mak mertua, abah yg disayangi, suami, anak dan diri saya sendiri. Panjangkan umur, murahkan rezeki, perluaskan pintu rezeki dan permudahkan rezeki kami.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SHERMIZULIANA

3 tahun yang lepas

Doakan saya dan suami semoga di permudahkan segala urusan dan di limpahkan rezeki amin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: