Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.
Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :
1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.
2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.
3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.
4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.
PENDOSA
Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik utk semua warga emas Di Nur Ehsan. Dan semoga diberikan petunjuk dan hidayah utk kita dan semua ahli keluarga mereka utk menjalankn tangung jawab sebagai anak dan keluarga yg sepatutnya
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
semoga dikurniakan kesihatan yg baik buat kedue ibu bapa sy, dipanjangkan usia kedue ibu bapa sy, kurniakanlah aku rezeki yg berpanjangan rezeki yg halal, rezeki yg berkah dan melimpah ruah seperti mengalirnya air zam2 mu, agar sy dpat terus berbakti dan menjaga kedue ibu bapa sy, permudahkan segala urusanku urusan kedue ibu bapaku didunia dan akhirat..satukan lah kembali kami sekeluarga
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Smuge dipermudahkan sgale urusanku dan Allahyarhamah Tukiah Binti Abu ditempatkan antare para solihin dimasukkan dalam taman syurga firdausi. Smuge bapaku Ahmad Yusop bin maslah dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melakukan amal ibadah dengan sempurna. Amin YRA.
0 orang mengaminkan doa ini