PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan semua umat islam. Dan diberi pengakhiran yg baik

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah kau ampunkanlah dosa dosa kedua ibu bapaku dan kau tempatkanlah mereka di syurga Firdaus mu ya Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AHMAD MUZHAFFAR BIN ABDUL RAHMAN

1 tahun yang lepas

Ya Allah ya Rabb Engkau Mudahkanlah urusan ku(Ahmad Muzhaffar) & urusan kedua ibu-bapa kandungku baik pun urusan-urusan kami didunia mahupun urusan diakhirat. Ya Allah Engkau Berilah kepada diriku keupayaan dan kebolehan untuk menjaga, membantu dan memelihara kedua ibu-bapa kandungku bila mereka berdua sudah uzur dan tua atau lemah di masa hadapan kelak.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah terimalah segala ibadahku Dan ampunkanlah segala dosa2ku,suamiku,anak3ku kedua ibubapaku Dan selurih saudara2ku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

LEENA IDRUS

1 tahun yang lepas

Semoga Allah berikan rezeki yang melimpah ruah dari pelbagai sudut buat semua ,semua kita . Allah Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan Husnul Khatimah buat semua.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

YA ALLAH..kurniakan kepadaku ,kepada suamiku,anak2 kami,ibu bapa,ibu bapa mertua n family ku hidup sentiasa diredhaimu YA ALLAH sehingga akhir hayat kami.Limpahkan lagi rezeki yg meluas dan xputus2 dari segi wang ringgit,kesihatan yang baik buat kami semua..AAMMIINNN..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: