PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

MOHD ZAKI BIN SALLEH

2 bulan yang lepas

doakan saya balik ke azali bulan ini,,Mtk doakn saya sembuh cepat, lepas itu tak pijak nama Allah, Quran Dan hilang byg2 saya pijak Allah, keluarga sy, wali2 Dan orang lain. Kemudian mtk doa hilang sombong saya, rasa lebih baik dalam hati,😢😢😢😢😢, doakan saya mati Husnul khatimah.dpakan sy kaya Dunia akhirat. Ampunkn saya Ya Allah😢😢😢😢😢😢😢😢

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Ya Allah ,aku memohon padamu agar 2 org anaku balqis dan ummi berjaya dalam ujian berkomputer dan seterusnya yg ak dadakn tidak lama lg .Akhirnya bjaya diterima menjadi guru

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan dlm menguruskan amanah Allah ini.. doakan kesembuhan dan dimurahkan rezki kami sekeluarga agar dapat membantu lebih banyak lagi..aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan dlm menguruskan amanah Allah ini.. doakan kesembuhan dan dimurahkan rezki kami sekeluarga agar dapat membantu lebih banyak lagi..aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FAUZIAH

2 bulan yang lepas

Semoga kempen ini berjaya Dan Mari Kita sama2 menyumbang utk saham akhirat. Utk arwah ibuku Siti Hanifah semoga rohnya dicucuri rahmat Dan ditempatkn disisi hamba2mu yg beriman Ya Allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Semoga dimudahkan segala urusan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: