PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Semoga dgn sumbangan kecil ini dpt mengkumpul data yg diperlukan. Termasuk dgn sumbangan orang ramai. Allaahumma Aamiin 🤲🥰

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Ya Allah jadikan lah kami, hamba mu ini & umat Nabi Muhammad saw sentiasa dalam rahmat dan lindungan mu Ya Allah. Peliharalah & mudahkan lah kami dunia dan akhirat mu Ya Allah. Aamiin Aamiin Yarabbal Alamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..ampunila dosa2 nenek2 ku..rahmati mereka..lindungilah mereka.Kau jauhkan lah dr segalan kejahatan.Kau tinggikanlah darjat nenekku disisiMU Ya Allah..Kau tempatkanlah mereka disyurgaMu tanpa hisab..aminn Ya Rabb

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Ya Allah, engkau ampunilah segala dosa-dosa yang menjaga dan bertugas di pusat jagaan warga emas ini serta para penyumbang yang menyumbang. Semoga kita sebagai umat islam, bersatu hati dan beroleh keredhaanNya..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Ya Allah, engkau ampunilah segala dosa-dosa yang menjaga dan bertugas di pusat jagaan warga emas ini serta para penyumbang yang menyumbang. Semoga kita sebagai umat islam, bersatu hati dan beroleh keredhaanNya..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Ya Allah, engkau ampunilah segala dosa-dosa yang menjaga dan bertugas di pusat jagaan warga emas ini serta para penyumbang yang menyumbang. Semoga kita sebagai umat islam, bersatu hati dan beroleh keredhaanNya..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: