PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT

Aktif sejak Jul 01, 2022

Tentang Penganjur

PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)

NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021


PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.

I)Pendidikan

II)Ekonomi dan Keusahawanan

III)Pembangunan Modal Insan

IV)Warisan Seni Kebudayaan

V)Aktiviti Kemasyarakatan


Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN

 NADI JIWA KEMASYARAKATAN.


Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :

I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal

II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf

III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan

IV)Mega Tahlil Online

V)Program Bubur Lambuk

VI)Ihya Gema Ramadhan

VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz

VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain

NO. 13, JALAN PUTERA INDAH 9/10, BANDAR PUTERA INDAH, TONGKANG PECHAH, 83010, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM , 83010, BATU PAHAT, Johor, Malaysia
pkpr.batupahat@gmail.com
+601110651395
+60127521395

Doa-Doa #Penyumbang

SAZALI BIN MARWAN

9 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

GAN THIAM SENG

9 bulan yang lepas

Semoga dikurniakan ketenangan hati dan jiwa,kenikmatan hidup dunia dan akhirat kebahagiaan,keselesaan,keselamatan,kegembiraan, kesenangan,kebeuntungan dunia dan akhirat,diluaskan rezeki dan murahkan rezeki, rezeki seluas langit dunia dan akhirat,rezeki melimpah dan tidak putus,keluarga aman damai makmur dan tenteram,semoga hajat hajat dimakbulkan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Ya Allah, semoga kami diberi kesihatan yg baik sepanjang masa Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosa Kami Ya Allah, sembuhkanlah segala penyakit-penyakit kami Ya Allah dan perkenankanlah permintaan hambamu ini pada bila-bila masa dan di mana-mana jua Ya Allah. Ya Allah semoga pengakhiran kami dalam khusnul khatimah Ya Allah Dan berkatilah kehidupan kami dunia dan akhirat Ya Allah Ya Mujib.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

saya sihat waalfiat dilimpahi rezki cerah masa depan dan dimudahkan semua urusan aminnnnn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Ya Allah berikanlah pahala infaq ini kepada arwah ibuku, arwah bapa mertuaku, datukku, nenekku, serta seluruh ahli keluargaku yang telah meninggal dunia. Cucurilah rahmat ke atas roh mereka. Limpah ruahkanlah rezeki untukku dan seluruh ahli keluargaku. Kurniakanlah rahmatMu dan redhaMu kepadaku serta seluruh ahli keluargaku. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bertaqwa dan bersyukur.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Semoga Allah swt memberkati kehidupan saya , suami dan anak2 , dimurahkan dan dipermudahkan rezeki saya dan keluarga agar dapat berterusan memberikan manfaat pada Yg memerlukan InshaAllah .. Aamiin

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: