Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN REMAJA BERWIBAWA atau PKPRB adalah pertubuhan kebajikan dan sebuah pusat latihan dan pendidikan yang diwujudkan diawal tahun 2017.
Ianya khas untuk remaja-remaja lelaki yang memerlukan kasih sayang serta perhatian khusus dalam soal pembinaan diri dan rohani. Ke arah melahirkan individu yang berkualiti tinggi yang memberi manafaat kepada agama,bangsa dan negara.
Kebanyakan mereka ini terdiri dari kalangan anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak asnaf zakat, remaja insaf dan anak-anak yang sangat memerlukan pembelaan. Terdapat 36 orang yang berumur 13 tahun ke atas.
Hamba Allah
Ya Allah, ampuni segala dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa adik ku, dosa rakan ku. Ya Allah, tempatkan lah kami di kalangan orang yang beriman dan tempatkan lah kami di kalangan yang diberikan nikmat dunia dan akhirat. Ya Allah permudahkan lah urusan kami di dunia dan akhirat. Berkatilah rezeki kami, berkatilah hari kami. Ya Allah, halalkan segala rezeki kami dari segi barangan, makan dan minum
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Sampaikan pahala sedekah ini kpd kedua arwah ibu bapaku murahkan rezeki kami sekeluarga pjgkn umo kami berikan kesihatan yg baik pd kami sekeluarga..Ya Allah aku serahkan anak ku Siti Nur Hana Binti Nor Azman utk di jaga dan di awasi olehmu di asrama dan di sekolah jdk kan dia seorg ank yg solehah taat padamu dan kedua ibu bapanye..AamiinYRA
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
HSR
Ya Allah ampunkn dosa2 ku /anak2ku/ ibu&bapaku & adikku Rosanah Ya Allah tinggikn darjat anak2ku dunia & akhirat, Jadiknlah anak2 ku soleh/solehen, yg sentiasa mendirikan solat. Ya Allah permudahkn & ringankn kesakitan anakku Nur Amirah semasa melahirkan nanti. Ya Allah kurniakanlah reziki yg berkah kepada ku & anak2ku, Selamatkn kami dunia/akhirat & selamatkn kami dari fitnah dajjal
0 orang mengaminkan doa ini