PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGAEMAS WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH

Aktif sejak Jul 28, 2022

Tentang Penganjur

Rumah Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh telah diasakan dan beroperasi sejak tahun 2008 dan didaftarkan sebagai Pertubuhan Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh bawah Akta Pertubuhan 1966 secara rasmi pada 29 Mac 2017.

Rumah Kebajikan Wargaemas Warisan Kaseh Darul Maghfiroh menjalankan kerja-kerja amal dengan membantu menyediakan tempat tinggal kepada wargaemas lelaki dan perempuan muslim yang bermasalah untuk program khas, kebajikan dan pemulihan.

Rumah Wargaemas Warisan Kaseh merupakan sebuah rumah kebajikan berkonsepkan rumah rehat dan tarbiyah untuk wargaemas dengan aktiviti utama mengulangkaji bab ilmu fardhu ain dan membaca Al Quran.

Pada awalnya kami menerima kemasukan wargaemas lelaki dan perempuan, namun mulai tahun 2017 kami terpaksa menangguhkan kemasukan untuk wargaemas lelaki atas sebeb kesesuain tempat. Sehingga bangunan tambahan disiapkan, kami hanya menerima kemasukan wargaemas Wanita sahaja dari kalangan ibu tunggal.

Bangunan yang ada sekarang adalah sebuah bangunan satu blok rumah panjang dan tidak sesuai untuk menempatkan penghuni wargaemas lelaki dan perempuan secara bercampur.

Kami terpaksa menolak banyak permohonan wargaemas lelaki yang bermasalah untuk program pemulihan ataupun wargaemas yang bersedia untul mengikuti program ulangkaji ilmu agama terutama bab fardhu ain dan mengaji Al Quran.

Permintaan yang sangat banyak untuk kemasukan wargaemas lelaki sentiasa ada dan kami terpanggil untuk berkongsi usaha membantu mereka menyelesaikan masalah samada bersifat sementara ataupun kekal.

Banyak pihak seperti masjid, hospital dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga merujuk wargawemas lelaki gelandangan yang memerlukan bantuan.

Semoga dengan wujudnya bangunan ini akan dapat membantu golongan wargaemas yang kurang bernasib baik menghabiskan waktu-waktu usia emas mereka dengan beribadah dan beramal.

...

LOT 3886 KG.SG. KELAMBU 42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN
warisankaseh@gmail.com
+601110388324
+60110388324

Senarai Kempen

Tiada kempen tersedia buat masa ini.

Bersama Aaminkan Doa Penyumbang

  • Hamba Allah

    6 minit yang lepas

    "Saya doakn semua warga emas yg berada di sini diberi kesihatan yg berpanjgan"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    7 minit yang lepas

    "Semoga sentiasa sihat dipermudahkan semua urusan Amin "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • MUHAMMAD ARBAIN BIN MAT YUTI

    26 minit yang lepas

    ""semoga saya lulus ujian, dipermudahkan untuk untuk temuduga dan mendapat jodoh""

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    34 minit yang lepas

    "Semoga dipermudahkan segala urusan dan doakan anak2 saya berjaya dunia dan akhirat"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Semoga semuanya dipermudahkan dan dilancarkan, Aamiin "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Pahala sedekah di hadiahkan kpd IBU ayah Dan kpd datok nenek kedua belah pihak."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • SALMIAH SULAIMAN

    1 jam yang lepas

    "Ya Allah masukan la kami semua kedalam Syurga mu"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Doakan arwah ayah saya"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Ya Allah, Astaghfirullah… Ampunkanlah dosa kami, ibu bapa kami & permudahkanlah urusan dunia akhirat kami. Aaamiiinnn Ya Rabb. "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Sembuhkan saya dari sakit yang dihadapi & diberi kesihatan yg baik."

    0 orang mengaminkan doa ini