PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ FATIMAH AZ ZAHRA

Aktif sejak Apr 23, 2021

Tentang Penganjur

2.1.                  Institusi ini ditubuhkan pada 1 Januari 2016. Jumlah terkini pelajar setakat tahun 2021 adalah seramai 20 orang pelajar dan 6 orang kakitangan.

2.2.                  Kurikulum yang dilaksanakan ialah Hafazan Al-Quran dan pengajian kitab.

2.3.                  Institusi ini juga telah mendapat kebenaran untuk beroperasi (tiada halangan) dari Jabatan Agama Islam Selangor.

2.4.                  Pengoperasian Institusi ini adalah berdasarkan kepada yuran bulanan dan sumbangan dari orang ramai.

2.5.                  Pusat pengajian ini turut menerima pelajar daripada kalangan asnaf dan anak yatim yang mana mereka tidak mampu untuk membayar yuran pendaftaran mahupun bulanan. Inisiatif yang kami laksanakan adalah dengan memberi kelonggaran kepada mereka untuk membayar setakat mana kemampuan mereka sama ada dalam bentuk kewangan ataupun barangan keperluan harian madrasah (seperti beras, bihun, telur dan sebagainya).

2.6.                  Keluasan institusi ini terdiri dari bangunan rumah kedai merangkumi bahagian asrama, Musolla, Dewan, Pejabat, Bilik Warden, dan dapur. 


Namun disebabkan terlalu banyak madrasah perempuan yang didaftarkan atas nama Fatimah Az Zahra, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, pihak JAIS menyarankan kami menukarkan nama kepada Maahad Tahfiz Assafiyyah bagi tujuan pendaftaran untuk sementara waktu.

47 Jalan Desa 9/6 Bandar Country Homes, 48000 Rawang Selangor , 48000, Rawang, Selangor, Malaysia
ptfaz15@gmail.com
0367334731

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkan urusan aku sekeluarga. Berkati kami sekeluarga. Ya permudahkan urusan akhi mahat dan berikan dia kekuatan. Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah kurniakan kejayaan buat anak2 murid saya di dunia dan akhirat.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ini wakaf dari aku dan aku niatkan pahalanya untuk ibu bapaku. Cukupkan rezekiku & permudahkan urusanku serta hindarkanku dari segala musibah. Amin..

Anda dan 5 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah berikan kesihatan yang baik dan permudahkan kehidupan kami ini.

Anda dan 5 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan ibu saya yang terlantar sakit agar kembali pulih.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

moga apa yg dirancang mendapat kemudahan.pertolongan dan redha Allah

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: