Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Walidaina (PUJAYWA) adalah
sebuah organisasi yang menyediakan perlindungan dan penjagaan untuk anak-anak yatim dan fakir
miskin.
PUJAYWA diasaskan oleh Ustaz Mohd Zatullah bin Kamarudin pada tahun 2017. Ustaz Mohd
Zatullah, yang berkelulusan Diploma Syariah dan Undang-Undang dari Kolej Islam Pahang (KIPSAS),
kini dikenali sebagai Unipsas, memulakan pusat jagaan ini pada usia 25 tahun dengan tujuan
membantu anak-anak yang memerlukan. Pada awal penubuhannya, PUJAYWA mempunyai 6 orang
penghuni, dan kini jumlah penghuni telah meningkat kepada 15 orang.
MOHD AMRI BIN ISMAIL
Semoga anak-anak yatim khusus kesemuanya diberikan kesihatan yang baik..dapat beribadat dengan selesa..dipermudahkan apa-apa sahaja urusan untuk dunia mahu pun untuk akhirat..dan saya mendoakan semoga kamu anak-anak yatim ini dapat memberikan syafaat kepada keluarga saya mahupun sahabat handai dan seluruh umat Islam masuk ke Syurga bersama Inshaa Allah
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Mohon doa kan kesejahteraan kedua ibu ayah ku (Rosli Bin Madzin, Sabedah Binti Abu). Semoga saya (Maslizan Bin Rosli dan keluargaku) kembali kepada Allah Subhanu Wataala dalam Husnul Khatimah, dikurniakan rahmat Allah di dunia dan akhirat.
0 orang mengaminkan doa ini