Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
Ya Allah..kau berikanlah kesihatan dan permudahkanlah urusan bantuan anak2 yatim dan asnaf nursyaheera dan staf2 yg menguruskan. Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan ku ahli keluargaku, limpahilah rezeki dan kau berikan kesihatan ke dua2 orgtuaku. Dengan sumbangan ini sya berniat beratkan lah timbangan dan permudahkanlah perjalanan sya dan ahli keluarga di akhirat..kerana Allah taala...aminn
0 orang mengaminkan doa ini