Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
tolong doakan sy dan suami boleh langsaikan segala hutang piutang kami. tolong doakan kami cukup duit utk baiki kereta kami satu satunya kenderaan utk kami guna selain motor tolong doakan kami sihat tubuh badan agar kami boleh jg anak2 kami. tolong doakan kami jauh dr segala resah gelisah gundah gulana. kami nk hidup tenang dgn segaal hutang dpt dilangsaikan.
0 orang mengaminkan doa ini