Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
Saya sumbangkan kerana Allah ta’allah. Dan pahala sedekah ini saya hadiahkan kepada mak saya yang sedang sakit di hospital. Mudah-mudahan Allah sihatkan lah mak saya dan panjangkan lah umur mak saya. Dan jika telah tiba masanya. Jadikan lah kematiannya husnul khotimah yang meninggal pada malam jumaat atau di siang hari jumaat… aminnnnn aminnnn aminnnn ya Allah
0 orang mengaminkan doa ini