Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
“Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.”- [Riwayat Muslim (1631)] Al-Fatihah utk arwah ayah sy Yahya Bin Mohd Razali, mak mertua sy Rubaidah Binti Minhat dan bapa mertua sy Md Annuar Bin A Bakar.
0 orang mengaminkan doa ini