Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
Doakan semoga Allah bukakan pintu rezeki saya seluas-luasnya.Allah makbulkan doa saya untuk dapat pekerjaan yang terbaik untuk saya dan dapat mengurangkan beban suami kerana Allah.Allah menguatkan hubungan kasih sayang antara kami sekeluarga.Allah permudahkan urusan anak-anak dalam menerima ilmu kerana Allah.Allah kurniakan kesihatan yang lebih baik dan ketenangan hati yang tak berpenghujung🤲🤲🤲
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Doakan rezeki untuk saya dapat pekerjaan yang terbaik untuk saya dan keluarga kerana Allah.Semoga saya tidak menjadi beban kepada suami.Luaskan rezeki pekerjaan untuk suami.Permudahkan urusan belajar anak-anak.Semoga mudah menerima ilmu.Allah lapangkan dan tenangkan hati saya serta sembuhkan sakit saya ini..Aamiinn🤲🤲🤲
0 orang mengaminkan doa ini