PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA KUALA LUMPUR

Aktif sejak Nov 25, 2023

Tentang Penganjur

Assalamualaikum,

Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.

Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.

Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.

Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.

Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.

Wassalam.

NO. 23, JALAN JAYA BARU 3, TAMAN JAYA BARU, CHERAS, KUALA LUMPUR , 56000, CHERAS, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
rbnursyaheera@gmail.com
60122002542
391004074

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doakan anak saya Muhammad Firas cepat sembuh seperti sediakala kerana sekarang berada di dalam ICU dan doakan kita semua dimurahkan rezeki dan hidup diberkati. Aamiinn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudah segala urusan dunia dan akhirat.. Dimurahkan rezeki kepada semua umat Islam..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua dan sentiasa dalam perlindungan dan keberkatan Allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkan urusan hamba Mu di dunia dan kurniakan lah rezeki dan kesihatan yang sihat dan jadikanlah hambaMu ini umat Nabi Muhammad saw yang solehah. Ameen.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Mohon doakan saya untuk jadi seorang hamba yang sentiasa melakukan kebaikan dengan ikhlas..doakan saya jadi anak, isteri dan ibu yang baik.doakan saya dapat mati salam keadaan husnul khatimah, dapat bertaubat sebelum mati dan doakan saya agar dapat masuk ke dalam syurga dan bertemu dengan semua orang yang saya sayang di syurga nanti.aamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SHIMA ABD MAJID

1 tahun yang lepas

Mohon doakan semoga dipermudahkan urusan perubatan ayahanda saya untuk esok hari. Semoga saya segera bertemu dengan jodoh yang baik dan soleh, dipermudahkan segala urusan sepanjang saya bekerja serta sentiasa dipelihara daripada segala musibah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: