PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA KUALA LUMPUR

Aktif sejak Nov 25, 2023

Tentang Penganjur

Assalamualaikum,

Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.

Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.

Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.

Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.

Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.

Wassalam.

NO. 23, JALAN JAYA BARU 3, TAMAN JAYA BARU, CHERAS, KUALA LUMPUR , 56000, CHERAS, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
rbnursyaheera@gmail.com
60122002542
391004074

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Utk almarhum ibu sy Hjh Safiah bt Salleh dan almarhum ayah sy Hj Abd Aziz bin Ismail

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah mudahkan lah urusan ku,murahkan rezeki ku dari rezeki yang halal..Ya Allah bantu la aku supaya dapat melunaskan segala hutang hutang yang ada..Aamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga semua umat islam sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah swt..aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, naungilah kami dan keluarga kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Tolong aminkan doa sy yg saya pohon dan panjatkan pd Allah SWT selama 10 thn yg masih lg belum termakbul.Sy memohon sgt2 supaya Allah SWT makbulkan doa2 yg sy selalu mohon pd Allah SWT pagi petang siang mlm.Semoga dgn termakbulnya doa sy sy akn lebih bnyak memberi & menolong.Bukan shj pd manusia,bahkan haiwan2 gelandangan pun dpt sy tolong dgn memberi mkan dan merawat yg sakit.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

assalamualaikum , mohon doakan sy murah rezeki selalu , dapat gaji yg berkat , dikelilingi org yang baik2 . dipertemukan jodoh yang baik .. doakan sy murah rezeki dapat bawa keluarga saya ke tanah suci Mekah . maaf , ini sahaja yang saya mmpu . saya harap dengan rm10 dapat menambah jumlah yg sedia ada .. Salam Ikhlas dari saya

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: