PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA KUALA LUMPUR

Aktif sejak Nov 25, 2023

Tentang Penganjur

Assalamualaikum,

Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.

Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.

Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.

Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.

Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.

Wassalam.

NO. 23, JALAN JAYA BARU 3, TAMAN JAYA BARU, CHERAS, KUALA LUMPUR , 56000, CHERAS, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
rbnursyaheera@gmail.com
60122002542
391004074

Doa-Doa #Penyumbang

HAMBA ALLAH

1 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan rumah anak yatim ini, beri mereka rezeki yg lebih. Amin.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

doakan semoga sy diperluaskan rezeki,doakan Arwah Bonda sy ditempatkan dikalangan org² beriman,Suraya Binti Md Salleh

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga cheku nur amiza bersama keluarga sentiasa dipermudahkan urusan. Berikanlah kemenangan buat Palestine.aminn

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah.. aku mohon agar diluaskan rezeki, dan kurniakanku rezeki yang penuh keberkatan. Permudahkan pengajian PhD. yang makin hampir ke penghujung, hadirkanlah insan yang menerima kajianku seadanya serta meluluskan pembentangan PhD. ku. Permudahkan juga segala usaha untuk aku melakukan yang terbaik dalam hidup, sentiasa mengingatiMu, dan ambillah nyawaku pada hari Jumaat dalam husnul khatimah.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

1 tahun yang lepas

Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,semoga Engkau kurniakan rezeki yg mengalir seperti air sungai lagi berkat buatku,suami Dan anak2,kesihatan yg baik buatku sekeluarga,anak2 ku menjadi anak yg soleh Dan berjaya di Dunia Dan di akhirat. Semoga Engkau permudahkan segala urusan anak2 yatim ini Dan peliharala saudara kami di Fa..lestina...Aamin...Ya Rabbalalamin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Moga diberi kesihatan yg baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mati dalam iman.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: