Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
Semoga Allah memudahkan dan menjayakan kempen ini serta mendapat keberkatan yang diusahakan terutama keperluan anak-anak yatim semasa dibuat ramadhan dan persekolahan mereka. Malah menjadikan mereka anak yang berguna dunia akhirat dan lahirnya ramai hafiz dan hafizah. Semoga sentiasa istiqomah membantu lebih ramai orang dan dilimpahi rezeki yang berlimpah ruah Amin Yarabbal Alamin
Anda mengaminkan doa ini