Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
HAMBA ALLAH
Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah, ampunkan segala dosa2 ku dan dosa kedua Ibu bapa ku.. Ya Allah, permudahkan urusan penceraian ku.. lembut kan hati dia utk hal ni.. Berikan aku dan anak2 ku yg terbaik. Ya Allah, aku Mohon agar Kau bersihkan hati ku yg kotor ini.. lindungilah aku dan anak2 ku dari kejahatan manusia dan syaitan.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga saya diberikan kejayaan di dunia dan di akhirat. Dimurahkan rezeki di dunia dan di akhirat. Diberikan kesihatan yang baik. Keberkaran hidup di dunia dan akhirat. Dijauhkan daripada apa sahaja yang haram, didekatkan dengan segala kebaikan
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini