Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
Saya dengan rasa rendah diri mohon anak² di sana mendoakan: 1. Kesihatan afiat buat kedua² mak dan ibu mertua saya (Norhayati Binti Hashim & Halizah Binti Mohamed Nor) 2. kami sekeluarga dibebaskan dari belenggu hutang, dikurniakan rezeki luas yang melimpah ruah 3. Syarikat FS Empirerich Sdn Bhd dikurniakan rezeki yang luas, bebas dari cengkaman hutang serta dipermudahkan segala urusan
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Saya dengan rasa rendah diri mohon anak² di sana mendoakan: 1. Kesihatan afiat buat kedua² mak dan ibu mertua saya (Norhayati Binti Hashim & Halizah Binti Mohamed Nor) 2. Kami sekeluarga dibebaskan dari belenggu hutang, dikurniakan rezeki luas yang melimpah ruah 3. Syarikat FS Empirerich Sdn Bhd dikurniakan rezeki yang luas, bebas dari cengkaman hutang serta dipermudahkan segala urusan
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Tolong doakan saya diberikan petunjuk sama ada perlu meneruskan pekerjaan yang ada atau perlu melanjutkan pelajaran Perubatan dan berhenti kerja terkini. Jika menyambung pelajaran bukanlah yang terbaik untuk saya, maka doakan ketenangan untuk saya dan buangkan rasa kesal itu. Saya buntu dan perlukan petunjuk dari Allah SWT.
Anda mengaminkan doa ini
ABDUL RAHMAN BIN IBRAHIM
Moga Allah permudahkan urusan kehidupan saya dan keluarga, dimurahkan rezeki & dikurniakan kesihatan. Sumbangan ini juga pahalanya disedekahkan kepada almarhum ayah tercinta, Hj Ibrahim bin Sahmat serta seisi keluarga saya yg telah pergi selamanya.
0 orang mengaminkan doa ini