Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
Ya Allah, kurniakan kesembuhan sepenuhnya buat Nik Muhammad Shaheem bin Nik Shaifulruzaman..angkatlah segala kesakitannya, kuatkan semangatnya, permudahkan segala urusannya dan sembuhkan luka pembedahannya. Kurniakan kesembuhan sepenuhnya tanpa ada kesakitan selepas penyembuhannya. aaminn
Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Permudahkan urusan penjagaan Rumah anak2 Yatim ini luaskan rezekinya dgn rezeki kewangan yang mencukupi dan kesihatan anak2 dan Penjaga yang baik.. ya Allah Kau berikan la kesembuhan dan permudahkan rawatan Untuk penyakit Baizura, ilyani, Fauziah, badariah, semoga kesembuhan bersama mereka panjangkan Umur mereka.. amin
Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga kita semua selamat dr api neraka Semoga Azis bin Yahamat bersama orang² yg solehah dan beroleh rahmat Allah Sembuhkan penyakit Norizan azis Kembalikan mohd fauzi azis ke jalan Allah Sihatkan ibu dan kedua ibu bapa mertuaku Semoga mohd Anwar zubaidi menjadi imam yg baik Semoga nur aisya humaira menjadi anak yg baik Semoga aku menjadi hamba Allah yg baik Semoga kita semua dirahmati Allah
Anda mengaminkan doa ini