Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
Doa kan kesihatan yg baik untuk saya dan isteri, dikurniakan zuriat soleh@solehah, panjang umur, hidup diberkati, rezeki melimpah ruah untuk bantu org yg memerlukan. Semoga syarikat saya, IXM Engineering & Services bertambah maju agar mudah membantu org susah. insyaAllah, ade rezeki lebih.. saya bantu lagi lps ni. Belajar rajin2 anaka semua..terima kasih mama & penjaga2 yg menguruskan anak2 ini.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini