Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
Ya Allah yang Maha Kaya,Maha Penyayang dan Maha Kaya atas segala-galanya, luaskanlah rezeki kami, anak-anak kami, anak-anak dipusat jagaan ini, dan penjaganya, seluas kerajaan olehmu ya Allah, di dunia dan di akhirat utk kami. Ampunilah dosa kami dan tempatkanlah kami semua dia syurgamu Ya Allah. Amin.
Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini