Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
SUHAILY BAHARUM
Jika ada pahalanya saya sedekahkan kpd arwah ibu saya, kpd bapa saya dan ibu tiri saya. Semoga Allah permudahkan segala urusan penerima sumbangan. Semoga Allah sentiasa limpahi rezeki yg baik2 drp semua sudut, sentiasa jdkan tangan kami di atas utk.memberi dan rahmati kehidupan saya dan anak2 dunia dan akhirat..aameen
0 orang mengaminkan doa ini
SITI HAWA BINTI BERAHIM
Dimewahkan rezeki saya dan keluarga Dan Allah rezekikan saya sentiasa menyumbang ke Jalan2 Allah SWT, di keluarkan dari masalah hutang piutang, di beri kesihatan dan dilancarkan urusan perniagaan saya dan ditemukan dengan orang2 yang baik dan mudah sahaja dalam semua urusan saya dan sehingga diberi kejayaan di Dunia dan Akhirat....Aamiin
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Permudahkan segala urusan rumah anak yatim ini serta para penyumbang. Murahkan dan luaskan rezeki para penyumbang seluas2nya. Permudahkan urusan isteriku yang akan berjauhan selepas ini kerana kenaikan pangkat. Lembutkan hati ketua2 tempat dia bertugas untuk melepaskan beliau berpindah selepas 6 bulan.. Aaammiiinnnn
Anda mengaminkan doa ini