Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
MOHD AZAREZAN
Assalamualaikum.. doakan saya dimurahkan rezeki menjadi orang senang, untuk saya lebih memberi rezeki kepada orang.amiin.. saya memohon kepada allah juga semoga anak2 smua belajar bersungguh2 Dan berjaya hari depan. Jgn lupa ye saya mahu kaya Dan senang saya berjanji akan memberi rezeki yang hebat suatu hari nanti.
0 orang mengaminkan doa ini