PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA KUALA LUMPUR

Aktif sejak Nov 25, 2023

Tentang Penganjur

Assalamualaikum,

Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.

Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.

Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.

Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.

Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.

Wassalam.

NO. 23, JALAN JAYA BARU 3, TAMAN JAYA BARU, CHERAS, KUALA LUMPUR , 56000, CHERAS, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
rbnursyaheera@gmail.com
60122002542
391004074

Doa-Doa #Penyumbang

AISHAH

7 bulan yang lepas

Sentiasa diLimpah rezeki yang mencurah” kepada Aishah. Sentiasa dilindungi dibawah lindungan Allah SWT. Dikurniakan jodoh yang baik. Dijauhkan orang yang niat yang tidak baik.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya rohim saya doakan semoga berkat sedekah subuh ini mengalir pahala kepada arwah ibu(che yong) & arwahbapa(Abu Samah) serta arwah abang(Badrulhisham),Ya Allah aku mohon juga dengan berkat sedekah subuhku ini aku mohon agar dikurniakan kekayaan yg berpanjangan agar aku dapat membuat lebih banyak amalan dunia dan akhirat & dipermudah urusan rezeki kejayaan & kesempurnaan anak2ku.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Makbulkan doakan hambamu ini, permudahkan urusan pelajaran anakku dan diriku. Makbulkan dan bantulah aku serta dan orang- orang yang ku sayangi. Matikanlah kami dalam keadaan khusnul khotimah, murahkan rezeki dan satukanlah hatiku dengan orang yang ku sayangi dalam hubungan yang halal. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZDRM MUZIK EVENT ENTERPRISE

7 bulan yang lepas

Semoga Dengan Asbab Sumbangan Ini Allah Mengampuni Dosa Kedua Ibubapaku Anakku Isteriku Diriku Dan Sentiasa Dimurahkan Rezeki dan Dipanjangkan Usia Diberikan Kesihatan yang Baik Selamanya Serta Bahagia Bersama Keluarga Tersayang Dan Sentiasa Dirahmati Diberkati Serta Sentiasa Dalam Perlindungan Allah Dan Dipermudahkan Segalanya urusan Perniagaan Syarikat ZDRM ENTERPRISE Sebaiknya.. Aamiin Ya Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Doakan saya sentiasa dalam lindungan Allah,kasih sayang Allah, redha Allah, kesihatan yang baik,d cukupkan rezeki..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan & dimurahkan rezeki untuk di jemput ke rumah Allah menunaikan ibadah umrah tahun depan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: