Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
HAMBA ALLAH
Ya Allah kau permudahkanlah urusan aku dan mereka.. Engkau maha Pemurah.. Bantu aku selesaikan masalah yang sedang aku alami kerana sesungguhnya Engkau Maha mengetahui..dan dengan sedekah ini kalau jadikanlah kebaikan padaku dan pada mereka Ya Rabb.. Aamin
0 orang mengaminkan doa ini
HJH MAZITUN BINTI HJ MANSOR
Saya hadiahkan pahala sedekah ini buat arwah Mak Hjh Razmah bt Hawa dan arwah apak Hj Mansor bin Rani. Ya Allah atas musibah2 yg engkau turunkan keatas hambaMu ini (Hjh Mazitun br Hj Mansor) Engkau angkatlaaa gantikan dgn kemanisan kekayaan hutang2 terbayar dgn segera sakit2 kami sekeluarga Engkau sembuhkan. Kayakan kami didunia dan diakhirat. Aamiin
0 orang mengaminkan doa ini