PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA KUALA LUMPUR

Aktif sejak Nov 25, 2023

Tentang Penganjur

Assalamualaikum,

Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.

Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.

Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.

Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.

Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.

Wassalam.

NO. 23, JALAN JAYA BARU 3, TAMAN JAYA BARU, CHERAS, KUALA LUMPUR , 56000, CHERAS, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
rbnursyaheera@gmail.com
60122002542
391004074

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Ya Allah kau beri segala pahala sedekah ini kepada ahli keluarga kami yg telah pergi dijemput Mu, Ya Rabb Yang Maha Berkuasa

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZDRM MUZIK EVENT ENTERPRISE

7 bulan yang lepas

Semoga Dengan Asbab Sumbangan Ini Allah Mengampuni Dosa Kedua Ibubapaku Anakku Isteriku Diriku Dan Sentiasa Dimurahkan Rezeki dan Dipanjangkan Usia Diberikan Kesihatan yang Baik Selamanya Dan Sentiasa Dalam Perlindungan Allah Serta Dirahmati Diberkati Serta Bahagia Bersama Keluarga Tersayang Dan Dipermudahkan Segalanya urusan Perniagaan Syarikat ZDRM ENTERPRISE Sebaiknya.. Aamiin Ya Allah..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Mohon doakan saya dan abah saya diberikan kesembuhan sepenuhnya dan tak relapse daripada kanser serta dimudahkan rawatan. Saya doakan anak² di sini dimudahkan semua urusan. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FATIN ZAINIDIN

7 bulan yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan penganjur untuk memdapat dana yg cukup. Doakan Allah kurniakan Fatin anak yang sihat, hebat, bijak, serta soleh & solehah dan semoga anak sulung sy Aleena dah tak nampak benda2 halus yang orang lain tak nampak. Semoga keluarga Fatin dilindungi dari perkara jahat, gangguan jin/iblis/syaitan dan sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga kita semua sentiasa ditetapkan iman,dilimpahkan rezeki dan diberi kemenangan oleh Allah

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat .

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: