PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA KUALA LUMPUR

Aktif sejak Nov 25, 2023

Tentang Penganjur

Assalamualaikum,

Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.

Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.

Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.

Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.

Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.

Wassalam.

NO. 23, JALAN JAYA BARU 3, TAMAN JAYA BARU, CHERAS, KUALA LUMPUR , 56000, CHERAS, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
rbnursyaheera@gmail.com
60122002542
391004074

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Assalamualaikum.. Mohon doakan saya dan keluarga terutamanya mama & abah saya sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan kami sekeluarga & sentiasa dalam lindungan Allah swt.. semoga doa berbalik semula kepada kalian semua InshaAllah Aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami semuanya sama ada masih hidup ataupun meninggal dunia.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga hidaya dipermudhkn ulang kaji Dan mudah paham Dan dapat dambung bidang medic Dan semoga org disekelilingnya Dan org yang mereka sayang dipermudhkn urusan di Dunia Dan di akhirat...semoga kak Tira dapat jodoh yg baik...yg hensem ...Dan yg boleh tolong kak Tira bila susah atau senang

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Doakan semoga saya dan suami ada rezeki untuk berpeluang bawa mak, bapak & ibu mertua menunaikan ibadah haji. Dan doakan kami suami isteri dikurniakan cahaya mata sekiranya itu yang terbaik untuk kami. Semalam genap 10 tahun usia perkawinan dan sampai sekarang masih menunggu rezeki cahaya mata. Terima kasih..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAZIZAH SHAFIAI CHOLEHA

7 bulan yang lepas

Doakan semoga ayah sembuh Dari cancer dan sya dan suami dikurniakan zuriat anak-anak yang Soleh dan solehah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan juga di akhirat. Ampunilah dosa-dosa keluargaku.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: